PalestinSemasa

Tentera israel larang kemasukan pekerja Gaza ke israel

Gaza – Israel menutup pintu sempadan dengan Gaza, menghalang ribuan pekerja daripada meneruskan pekerjaan mereka di Israel dan Tebing Barat yang dijajah, berikutan demonstrasi di sempadan yang menyaksikan tentera Israel melepaskan tembakan dan membunuh seorang penunjuk perasaan sehari sebelumnya.

Tindakan pada hari Rabu menghalang lebih 18,000 rakyat Palestin daripada menyeberang untuk bekerja, menyebabkan ekonomi wilayah yang disekat itu terjejas sekitar $2 juta sehari, menurut ahli ekonomi tempatan.

Tunjuk perasaan yang disokong oleh Hamas telah diadakan selama beberapa hari bagi memprotes isu layanan terhadap tahanan Palestin di penjara Israel dan isu pencerobohan peneroka haram Yahudi ke perkarangan masjid Al Aqsa.

Pada hari Selasa, seorang lelaki Palestin ditembak mati oleh tentera Israel semasa protes dan 11 yang lain cedera, menurut pegawai kesihatan Gaza.

Jurucakap Cogat, agensi Kementerian Pertahanan Israel yang berkoordinasi dengan rakyat Palestin, mengesahkan bahawa pintu Erez ke Gaza telah ditutup dan berkata ia akan dibuka semula “mengikut penilaian situasi.”

Penutupan sempadan itu berlaku selepas larangan eksport dari Gaza awal bulan ini, yang akan menambah tekanan kepada ekonomi yang sudah tertekan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel dan Mesir.

“Kami takut pintu sempadan itu tidak akan dibuka dalam masa terdekat dan saya terpaksa hidup dalam kemiskinan,” kata seorang bapa kepada lima anak di Gaza, yang telah tidur di sebelah Palestin di pintu Erez sejak petang Ahad.

SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI

 

Related Articles

Back to top button