Semasa

Sistem kesihatan Australia tertekan jumlan kes Covid-19

SYDNEY : Sistem kesihatan Australia masih tertekan kerana jumlah kes jangkitan Covid-19 baharu telah melepasi kemudahan ujian saringan virus untuk hari ketiga berturut-turut,sekali gus meletakkan hospital di bawah tekanan.

Hampir 53,000 kes baharu direkodkan di dua negeri paling ramai penduduk di Australia, dengan masing-masing mencatatkan jumlah kes baharu terbanyak setiap hari dan melebihi jumlah keseluruhan nasional iaitu kira-kira 47,800 kes.

Kemasukan hospital di kedua-dua negeri juga meningkat 10% daripada tahun lalu, dan pegawai terus memberi amaran bahawa angka itu mungkin meningkat lebih banyak dalam beberapa minggu akan datang.

Disebabkan kelewatan dalam melaksanakan ujian saringan Covid-19 dan kekurangan kit ujian kendiri, Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkemungkinan akan bertemu dengan pemimpin negeri dan wilayah untuk mengambil langkah untuk meredakan krisis itu.

Varian Omicron telah menyebabkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dalam beberapa minggu kebelakangan ini, mendorong individu menjalani ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) di kemudahan kemudahan kesihatan yang dibiayai kerajaan.

Itu mendorong pihak berkuasa meminta orang ramai hanya mendapatkan ujian PCR jika menunjukkan simptom, yang seterusnya menyebabkan kekurangan kit ujian antigen pantas (RTK), yang boleh digunakan di rumah tetapi perlu dibeli secara persendirian.

Sejak wabak itu bermula pada awal 2020, Australia telah mencatatkan lebih 600,000 kes dan 2,290 kematian, dengan lebih separuh daripada penyakit berlaku dalam dua minggu lepas.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatiih UiTM

Related Articles

Back to top button