Semasa

Malaysia mohon tambah kuota haji

Kebenaran percepat ibadah umrah

RIYADH: Permohonan kuota tambahan jemaah haji Malaysia, bagi musim tahun ini antara perkara penting dijangka dibangkitkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa Perdana Menteri menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud pada Selasa.

Peningkatan penduduk Malaysia mendorong permintaan untuk permohonan tambahan kuota itu.

Menurut laman web Tabung Haji, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara berkenaan.

Selain soal kuota haji, Muhyiddin juga dijangka membangkitkan isu kebenaran kepada jemaah Malaysia mengerjakan ibadah umrah, secepat mungkin pada pertemuan dengan Putera Mahkota, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button