SemasaSukan

Terbuka China: Tang Jie-Ee Wei Tersingkir di Suku Akhir

Gandingan beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terhenti di pusingan suku akhir Terbuka China 2025 di Changzhou hari ini.  

Pasangan pilihan keempat ini tewas secara straight set kepada pasangan bukan pilihan dari China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, dengan skor 19-21, 15-21 dalam perlawanan selama 43 minit di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik.  

Kekalahan ini adalah yang pertama bagi Tang Jie-Ee Wei kepada Xin Wa-Fang Hui dalam tiga pertemuan mereka.  

Guo Xin Wa-Chen Fang Hui akan bertemu sama ada juara bertahan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, atau pasangan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Gloria Emanuelle Widjaja, di separuh akhir esok.  

— BERNAMA  

Related Articles

Back to top button