DuniaKemanusiaan

400 khemah rentung, pelarian Rohingya hilang tempat berteduh

Rumah, pasar, kedai, masjid juga terbakar

DHAKA: [VIDEO] Kebakaran besar berlaku di khemah pelarian Rohingya di selatan Cox Bazar, Bangladesh menyebabkan sekurang-kurangnya  400 khemah rentung.

Memetik agensi Anadolu, tiada nyawa terkorban namun ramai pelarian cedera dalam kebakaran pada jam 1:00 awal pagi tadi.

Selain khemah, atau rumah, pasar, surau dan pusat pembelajaran juga terbakar di blok E khemah pelarian Nayapara.

Pesuruhjaya Pemulihan dan Penghantaran balik Pelarian Bangladesh, Mahbub Alam Talukdar berkata setelah menilai kesan kebakaran, jumlah khemah yang terbakar berjumlah 400 buah kesemuanya.

Tambahnya pelarian itu telah dipindahkan ke tempat lain dan mangsa terbabit telah diberikan makanan dan perkhidmatan lain yang diperlukan.

Beliau memberi jaminan khemah-khemah yang terbakar akan digantikan seberapa segera.

Pegawai Bomba Cox Bazar pula berkata mereka sedang menyiasat kejadian berkenaan untuk mengetahui punca berlakunya kebakaran itu.

Sementara itu, sumber tidak rasmi di khemah berkenaan berkata jumlah sebenar khemah terbabit adalah melebihi 500 buah khemah.

abcnews.com pula menyebut  agensi UNHCR melaporkan terdapat 550 rumah di kawasan itu yang menempatkan lebih kurang 3,500 orang selain 150 buah kedai yang mungkin musnah seluruh atau terbakar sebahagian.

Kebakaran itu dikatakan berpunca di Khemah Nayapara yang juga khemah lama didirikan hampir sedekad.

Agensi PBB itu juga telah membekalkan perlindungan sementara, baju sejuk, dan makanan panas serta perubatan kepada mangsa.

Pada Mei tahun lalu, satu kebakaran besar pernah berlaku di khemah pelarian Kutupalang.

Beberapa kes kebakaran juga pernah berlaku di khemah pelarian tahun-tahun sebelumnya.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button