Semasa

PM jalani kuarantin kendiri mulai hari ini

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini, setelah disahkan kontak rapat pesakit Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan Ismail Sabri tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan.

Istiadat itu berlangsung 2.30 petang ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri akan menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok, secara maya.

-BERNAMA

Related Articles

Back to top button