DuniaSemasa

Hampir 1.5 juta jemaah Haji tiba di Arab Saudi setakat ini

RIYADH: Hampir 1.5 juta jemaah Haji telah tiba di Arab Saudi dari serata dunia sejak bermulanya musim haji, lapor Agensi Akhbar Saudi pada Khamis.

Daripada 1,499,472 yang telah melakukan perjalanan ke tanah suci, sejumlah 1,435,014 jemaah tiba melalui udara, manakala 59,744 melalui darat dan baki 4,714 melalui laut.

Mereka yang tiba melalui perjalanan udara adalah 230,170 jemaah yang mendapat manfaat daripada inisiatif ‘Makkah Route‘ (Laluan Makkah).

Tawfiq Al-Rabia, Menteri Haji & Umrah

Kos mengerjakan Rukun Islam kelima bagi jemaah haji dari luar negara telah berkurang sebanyak 39%, kata Menteri Haji dan Umrah, Tawfiq Al-Rabiah lapor ArabNews.

Dalam masa sama, beliau berkata, jumlah jemaah yang berpeluang mengerjakan haji tahun ini akan kembali kepada tahap sebelum pandemik.

Menurut Tawfiq lagi, kira-kira 2.6 juta umat Islam mengerjakan haji di Mekah setiap tahun.

Bagaimanapun, angka itu berubah apabila wabak COVID-19 melanda dunia sekali gus memaksa kerajaan Arab Saudi mengenakan sekatan kemasukan jemaah.

Haji yang merupakan ibadah tahunan umat Islam akan bermula pada 26 Jun ini.

BACA JUGA
Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan akikah?

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button