NABLUS: Seorang lagi remaja Palestin telah ditembak mati oleh tentera israel semasa serbuan tentera di bandar Nablus, Tebing Barat, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Satu unit besar tentera israel menceroboh masuk ke kawasan timur Nablus, mencetuskan konfrontasi dengan rakyat Palestin, di mana askar melepaskan peluru hidup, tong bunyi dan gas ke arah rakyat serta membunuh Amer Abu Zaytoun, 16, selepas menembaknya di kepala.
Watch: Family members bid the last farewell to 16-year-old slain Palestinian boy Amer Abu Zaytoun who was killed after being shot in the head by Israeli forces during a military raid into Nablus’s Balata refugee camp, earlier this morning. pic.twitter.com/UC7tKBqr4u
— Quds News Network (@QudsNen) January 5, 2023
Tentera israel turut menahan bekas banduan, Hasan Arayshi semasa serbuan itu.
Dengan pembunuhan Abu Zaytoun oleh israel, jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera israel sejak awal 2023 telah meningkat kepada 4 orang.
16-year-old Palestinian boy Amer Abu Zaytoun was shot and murdered by Israeli forces during a military raid into Balata camp in Nablus at dawn today. pic.twitter.com/qDlxR0FJqX
— PALESTINE ONLINE 🇵🇸 (@OnlinePalEng) January 5, 2023
Dua hari lalu, Adam Ayyad, 15, ditembak dan dibunuh oleh tentera israel dengan peluru hidup di dada semasa serbuan tentera di kem pelarian al-Dheisha, selatan bandar Bethlehem di Tebing Barat.
Awal minggu ini, tentera israel membunuh Mohammad Samer Houshieh, 22 dan Fouad Mahmoud Abed, 25 semasa serbuan di bandar Kufr Dan, di utara Tebing Barat.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini