DomestikSemasa

Tiga Maut Lori Muatan Ayam Rempuh Treler Diparkir di Tanah Merah

Tiga lelaki terkorban selepas lori lima tan membawa bekalan ayam yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler yang diparkir di tepi jalan di Lebuhraya Timur-Barat, Tanah Merah, awal pagi ini.

Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenalpasti sebagai:

  • Norazeman Abdul Aziz, 42 (pemandu lori)

  • Mohd Haikal Hanifah, 29 (kelindan)

  • Mohammad Zakwan Mohd Nor, 16 (kelindan)

Kronologi Kejadian & Operasi Menyelamat

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 4:26 pagi.

Susulan itu, seramai 12 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang dan BBP Tanah Merah digagaskan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 4:41 pagi.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan yang membawa bekalan ayam melanggar sebuah treler yang diparkir di tepi jalan.

“Ketiga-tiga mangsa didapati tersepit di dalam lori. Anggota bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa sebelum mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Rujukan & Laporan Asal: BERNAMA (Foto: JBPM Kelantan)

Related Articles

Back to top button