BAITULMAQDIS : Perbandaran israel merobohkan tiga rumah milik warga Palestin di kejiranan Wadi al-Joz di Baitulmaqdis Timur yang diceroboh dengan alasan pembinaan tanpa permit.
Sumber tempatan memberitahu WAFA bahawa tentera daripada pasukan pendudukan menyerbu kawasan kejiranan dan mengarahkan penduduk di dua rumah milik keluarga Totah, yang menempatkan 20 orang, keluar serta pindah bagi persediaan untuk perobohan rumah.
lsraeli occupation forces demolish 3 Palestinian-owned houses in Jerusalem. pic.twitter.com/FxdVmAckvL
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) March 6, 2023
Yahya Totah, pemilik salah sebuah rumah, memberitahu WAFA bahawa perbandaran israel telah merobohkan beberapa rumah keluarga di kawasan yang sama sejak 2015.
Jelasnya, mereka telah melakukan banyak percubaan untuk melesenkan rumah-rumah ini, yang dibina 25 tahun lalu, tetapi pihak perbandaran enggan berbuat demikian.
Watch: Israeli apartheid forces tear down three homes belonging to three brothers from the Palestinian family of Totah in the occupied Jerusalem neighborhood of Wadi al-Joz, today. pic.twitter.com/3ZbuZ6TH23
— Quds News Network (@QudsNen) March 6, 2023
Rakyat Palestin berkata mereka terpaksa membina tanpa permit untuk menampung keluarga mereka yang semakin meningkat kerana perbandaran israel, yang menerajui pembinaan beribu-ribu unit rumah untuk peneroka Yahudi di tanah Palestin yang dirampas, mendiskriminasi mereka dan enggan mengeluarkan permit bangunan.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia