Semasa

160 pegawai terlatih JAKIM ditempatkan di hospital seluruh negara bagi menangani kemurungan

Semakin parah

KUALA LUMPUR : Kemurungan bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Kesedaran masyarakat bahawa kemurungan itu adalah antara penyakit mental yang bahaya, semakin tinggi. Apatah lagi sejak kebelakangan ini, berita tentang kemurungan semakin banyak tersiar di media massa.

Mengambil berat tentang perkara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil langkah awal dengan menempatkan 160 pegawai terlatih di hospital seluruh Malaysia bagi merawat pesakit yang menghadapi kemurungan.

Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pic:NewStraitsTimes

Melalui hantaran di media sosial, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menulis,

“Perkhidmatan psikospiritual, khidmat nasihat dan ‘ilaj syarie akan disebar luaskan ke agensi-agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani masalah kerohanian dan kemurungan dalam kalangan pesakit dan juga kakitangan hospital sendiri akibat pandemik COVID-19 dan permasalahan lain.

“Bagi mencapai matlamat tersebut, seramai 160 peserta yang terdiri daripada Kader Post JAKIM yang berkhidmat di seluruh Malaysia, Pegawai Mesra Ibadah lantikan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Spiritual Provider lantikan Hospital Rehab Cheras akan diberi latihan.”

Psikospiritual Islam itu sendiri adalah bidang yang masih baru untuk kebanyakan orang. Ia boleh difahami sebagai konsep dan kaedah perawatan penyakit jiwa, spiritual, mental, emosi dan perilaku moral.

Related Articles

Back to top button