DomestikSemasa

Usia cecah 100 tahun, Bekas Yang Dipertua Sarawak meninggal dunia

KUCHING : Bekas Yang Dipertua Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, meninggal dunia malam tadi.

Allahyarham yang berusia 100 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pakar Normah, Petra Jaya, pada jam 11.40 malam dan perkara itu disahkan oleh menantu Allahyarham, Wan Ibrahim Omar.

Dilahirkan di Sibu pada 27 Ogos 1921, Abang Muhammad Salahuddin merupakan orang pertama memegang jawatan Yang Dipertua Sarawak sebanyak dua kali.

Lebih dikenali dengan panggilan Abang Louis dalam kalangan kenalan lamanya di Sibu, beliau dilantik buat kali pertama sebagai Yang Dipertua Sarawak ketiga pada 1977 hingga 1981 menggantikan Allahyarham Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.

Pada tahun 2001, beliau sekali lagi dilantik sebagai Yang Dipertua Sarawak keenam menggantikan Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button