Warga Palestin ditembak mati tentera Israel
BAITULMAQDIS: Tentera rejim Zionis telah menembak mati seorang lelaki Palestin di Tebing Barat kerana disyaki ingin menyerang.
Jurucakap Israel berkata, tentera yang terlibat sedang cuba meleraikan pertelingkahan antara penghuni Israel dan Palestin di sebuah perkampungan di tebing Barat.
Katanya, anggota tentera di kawasan itu ternampak seorang lelaki membaling bahan letupan ke mereka dari arah bumbung dan membalas dengan melepaskan tembakan.
Pegawai dari Palestin mengesahkan lelaki berusia 20 tahun itu terbunuh.
Sementara itu di Gaza, jet pejuang Israel melakukan serangan terhadap lokasi pembuatan senjata dan pelancar roket sebagai tindak balas pelancaran belon api oleh Palestin ke Israel pada Sabtu.
Sebelum ini, Israel dan Palestin melakukan gencatan senjata sekali gus menamatkan balasan serangan antara kedua-dua pihak.
Sekurang-kurangnya 250 rakyat Palestin dan 13 rakyat Israel terbunuh dalam pertempuran selama 11 hari itu.
Oleh Azzman Jamal
****MASA UNTUK BERTINDAK
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia