DuniaEkonomiSemasa

WFP beri amaran bekalan makanan lebih sukar diperoleh menjelang 2023

TOKYO : Program Makanan Sedunia (WFP) telah memberi amaran bahawa bekalan makanan boleh menjadi lebih sukar diperoleh pada tahun depan berikutan pelbagai krisis seluruh dunia yang berlaku serentak.

Menurut laporan Badan Penyiaran Jepun (NHK), Pengarah Eksekutif WFP, David Beasley berkata dunia kini berdepan situasi yang digambarkan sebagai “ribut lengkap” berikutan konflik Rusia-Ukraine, kejutan iklim dan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19 yang berterusan selama dua tahun.

Beliau juga tidak menolak bahawa dalam tempoh 6-12 bulan akan datang, harga makanan di seluruh dunia akan menjadi lebih mahal. Jika masalah ini tidak diselesaikan, maka dunia akan menghadapi kekurangan makanan.

Beliau menegaskan bahawa Ukraine, yang digelarkan sebagai “bakul roti dunia,” telah berhenti membekalkan makanan di samping lonjakan kos bahan api dan baja sehingga mewujudkan ‘ribut kemelesetan ekonomi yang lengkap’.

“Kami menghadapi masalah penetapan harga makanan utama yang memberi kesan terhadap golongan miskin.

“Tahun depan, kita mungkin menghadapi masalah ketersediaan makanan akibat kemarau dan krisis baja,” katanya.

WFP sebelum ini memberi amaran bahawa sehingga 345 juta penduduk dunia diramal berada dalam keadaan ekonomi yang sangat teruk untuk mendapatkan bekalan makanan atau berisiko tinggi, merentasi 82 negara.

Setakat ini, sebanyak 26 negara telah pun mengharamkan eksport makanan bagi menjamin bekalan yang mencukupi bagi pasaran domestik.

“Jika rantaian bekalan makanan terganggu akibat keadaan panik dalam pasaran, orang ramai akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan.

Related Articles

Back to top button