Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad, Pro Canselor UiTM meninggal dunia
Kehilangan besar buat dunia pendidikan negara

Tokoh pendidikan negara, Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, 84 tahun, meninggal dunia hari ini.
Allahyarham meninggal dunia kira-kira 10.45 pagi tadi di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang, Selangor.
Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang, Masjid Tanah, Alor Gajah, 6.30 petang hari ini.
Jenazah tiba di Masjid As Solihin, Kampung Ayer Limau pada 5.15 petang dan disembahyangkan kariah kampung berkenaan serta ahli keluarga sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
sumber: hmetro.com.my
Terdahulu, jenazah Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Jamiul-Huda, Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada isteri dan keluarga Pro-Canselor UiTM.
Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu itu.
“Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
“Seri Paduka Baginda selaku Canselor UiTM, amat menghargai khidmat dan bakti Allahyarham kepada UiTM dan dunia pendidikan negara. Al-Sultan Abdullah turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara,” demikian menurut kenyataan itu.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Dalam titah perutusan yang dikongsikan di Facebook Selangor Royal Office, baginda berdua menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham.


Semenjak itu, setiap kali ada kesempatan bertemu, baginda dan Allahyarham akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan kali terakhir baginda menerima menghadap Allahyarham adalah pada 9 Julai lalu di Istana Bukit Kayangan.
Baginda menganggap Allahyarham sebagai seorang yang mesra, kuat semangat dan berpengetahuan tinggi.
Di atas jasa dan baktinya, Sultan Selangor berkenan mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Allahyarham pada tahun 2011.
Memetik laporan hmetro.com.my, Allahyarham dilahirkan di Kampung Pinang sebelum bersekolah di Sekolah Tinggi Melaka dan melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Singapura.
“Allahyarham adalah adik kepada ibu saya, Allahyarhamah Alpiah Arshad yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu dan mereka sangat rapat. Allahyarham sering pulang ke Kampung Pinang untuk menziarahi ibu terutama pada Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan hari ini.
Beliau berkata, Allahyarham amat mementingkan pendidikan dan pernah menjadi Ketua Pengarah Pelajaran pada 1970-an.
Allahyarham dilantik sebagai Pro Canselor UiTM pada 15 Disember 2002.
Allahyarham melanjutkan pengajian di University of Singapore, University of Reading, New Zealand Administrative Staff College dan Harvard Business School, sebelum bergelar Doktor Falsafah (PhD) apabila tamat pengajian di University of East London.
Selain Ketua Pengarah Pendidikan, Allahyarham pernah menyandang beberapa jawatan penting termasuk sebagai Perunding Pendidikan kepada Bank Negara.
Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai diplomat di Maghribi, Filipina dan Thailand.
Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Noor Hayati Mohamed, dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah