DuniaSemasa

31 migran mati lemas dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris

PARIS : Kejadian terburuk pernah berlaku melibatkan migran di perairan di antara Perancis dan Britain di mana 31 individu mati lemas dalam cubaan untuk menyeberangi Selat Inggeris.
Selat berkenaan merupakan laluan kapal paling sibuk di dunia selain arus di kawasan berkenaan dilaporkan sangat deras.
Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin memaklumkan 31 daripada 34 migran yang ditempatkan di dalam bot kecil itu ditemui lemas manakala dua lagi berjaya diselamatkan.
Tambahnya, petugas keselamatan masih giat menjalankan oeprasi pencarian seorang lagi mangsa yang masih hilang.
“Dua mangsa berjaya diselamatkan namun mereka masih dalam bahaya kerana mengalami hipotermia selepas terdedah kepada cuaca sejuk.
“Seluruh Eropah dan terhadap manusia sejagat melihat migran asing terkorban di lautan sebegini sekali gus menjadian ia satu tragedi buat negara Perancis,” katanya.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson meluahkan rasa kecewa di atas kejadian tersebut.
“Saya sangat bersimpati kepada mangsa yang terlibat serta keluarga mereka namun tragedi berkenaan menunjukkan bahawa ia sangat berbahaya untuk menyeberangi Selat Inggeris dengan cara begini,” katanya.
Walaupun kedua-dua kerajaan menyalahkan sindiket penyeludupan, namun ahli politik Perancis berpendapat bahawa insiden sadis ini mampu dielak jika Britain mengubah polisi imigresen melibatkan migran.
Untuk rekod, dalam insiden terdahulu, 14 migran ditemui lemas selepas cuba menyeberangi selat berkenaan untuk ke Britain.
Manakala kejadian sama berlaku pada tahun lepas di mana tujuh terkorban manakala dua lagi masih hilang pada 2019.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button