DomestikSemasa

SPRM minta wanita dalam klip video Albert Tei hadir beri keterangan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta seorang wanita yang dikaitkan dalam sebuah klip video melibatkan perbualan bersama ahli perniagaan Albert Tei untuk hadir ke Pejabat SPRM bagi memberi keterangan.

Kehadiran wanita itu adalah penting untuk membantu siasatan kes yang melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. SPRM sedang berusaha mengesan wanita berkenaan dan menjemputnya hadir pada 1 Disember 2025. Albert Tei turut diminta hadir ke pejabat SPRM pada tarikh yang sama.

SPRM turut menasihati semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut dan memberi ruang kepada suruhanjaya untuk menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh.

Sumber: BERNAMA

Related Articles

Back to top button