KUALA LUMPUR: Arab Saudi menyarankan pemakaian semula pelitup muka kepada jemaah umrah yang mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi mencegah penularan penyakit berjangkit di kawasan sekitarnya.
Menurut infografik yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi di laman media sosial X pada Isnin, saranan itu dibuat bagi memelihara tahap kesihatan jemaah umrah dan para pengunjung kedua-dua masjid suci umat Islam berkenaan.
Saudi Arabia’s public security authority has urged Umrah pilgrims to start wearing face masks when visiting the holy sites.#saudinews #saudiarabia #umrah pic.twitter.com/GlSjcHEbWo
— Gulf Moments (@Gulf_Moments) August 15, 2023
Saranan itu juga merupakan sebahagian daripada langkah pencegahan yang dikuat kuasakan Arab Saudi sejak bermulanya musim umrah 1445 Hijrah bagi warganegara dan penduduk tetap Arab Saudi serta negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Saranan itu dikeluarkan beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penyebaran varian Omicron baharu EG.5 dengan mengklasifikasikannya sebagai varian yang menjadi perhatian.
Media Arab Saudi sebelum ini melaporkan Jabatan Hal-Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada Julai lalu telah mengedarkan hampir 2 juta pelitup muka kepada para tetamu al-Rahman.
New #COVID19 variant of interest: EG.5.
Formerly a variant under monitoring, WHO has now designated this a variant of interest.
There has been a steady increase in this variant’s prevalence. As of 7 August 2023, over 7000 sequences have been shared from 51 countries.
More… pic.twitter.com/DlDdAPYMos
— World Health Organization (WHO) (@WHO) August 9, 2023