DomestikSemasa

Banjir Aceh: Perlis salur bantuan kemanusiaan menerusi kutipan Tabung Jumaat

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan bahawa kutipan Tabung Jumaat di semua masjid di Perlis pada esok akan disalurkan sepenuhnya kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir Aceh.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, menekankan ikatan ukhuwah dan semangat kemanusiaan sejagat, menyeru seluruh umat di Perlis untuk menyumbang bagi meringankan beban mangsa banjir. Baginda berharap sumbangan ikhlas daripada umat Perlis dapat membantu usaha pemulihan dan pembangunan semula kehidupan penduduk Aceh.

“Semoga Allah SWT merahmati setiap usaha dan sumbangan yang dihulurkan, serta memberikan kekuatan dan kesabaran kepada seluruh mangsa yang terlibat dalam menghadapi ujian besar ini,” titah baginda yang juga Yang DiPertua MAIPs dalam kenyataan rasmi.

Sumber: BERNAMA

Related Articles

Back to top button