Semasa

131 hari mogok lapar, Israel bebaskan

RAMALLAH :  Kayed al-Fasfous, seorang rakyat Palestin, gembira dengan kejayaan kempen “perut kosong” beliau dalam menentang penjajahan Israel.

Al-Fasfous, 32, melancarkan mogok lapar selama 131 hari sebagai membantah penahanannya di bawah dasar pentadbiran Israel, yang membenarkan Tel Aviv menahan rakyat Palestin tanpa dakwaan atau perbicaraan

Israel akhirnya membebaskannya pada hari Ahad.

“Saya bersedia untuk mengulangi mogok lapar saya sekali lagi jika ditangkap semula tanpa tuduhan,” kata al-Fasfous yang memberitahu Anadolu Agency dari katil hospitalnya pada hari Selasa.

“Saya seorang yang kuat semangat. Jika mereka (Israel) menahan saya semula di bawah dasar penahanan pentadbiran mereka, saya akan mogok lagi,” katanya.

Al-Fasfous, dari bandar Dura Tebing Barat, telah ditahan oleh tentera Israel pada Julai 2020 tanpa tuduhan dan kekal dalam penjara sehingga dia dibebaskan selepas melancarkan mogok lapar.

Dia sebelum ini telah menjalani hukuman tujuh tahun di penjara Israel.

“Sejak saya memulakan mogok lapar saya, saya telah mengalami penyeksaan fizikal dan psikologi di penjara Israel. Saya diserang dan digari. Mereka menempatkan saya dalam kurungan bersendirian,” jelasnya.

Menurut NGO Palestin yang memantau hal tahanan, terdapat 4,650 warga Palestin di penjara Israel termasuk 500 ditahan di bawah dasar penahanan pentadbiran tanpa tuduhan atau perbicaraan.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

 

 

 

 

.

Related Articles

Back to top button