
Bilangan kawanan Gajah Asia liar di provinsi Yunnan, China, kini melepasi 300 ekor, hasil langkah pengurusan dan konservasi yang semakin berkesan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Habitat gajah Asia di Yunnan terletak di daerah Xishuangbanna, bandar Pu’er dan Lincang, dengan 11 zon perlindungan alam semula jadi yang ditubuhkan untuk menjaga kelangsungan hidup kawanan ini.
Menurut data Jabatan Perhutanan dan Padang Rumput Yunnan, bilangan gajah liar menunjukkan trend peningkatan, manakala kawanan yang semakin besar itu juga menunjukkan perubahan dalam corak pergerakan harian mereka.
Bagi memantau pergerakan gajah dan mengelakkan konflik dengan manusia, Pusat Pemantauan dan Amaran Awal Gajah Asia Yunnan menggunakan peta haba yang dihasilkan daripada dron dengan kamera inframerah dan peralatan lain. Platform ini dapat memberi amaran awal dalam masa 10 saat apabila kehadiran gajah dikesan. Sejak pelaksanaan sistem ini, tiada insiden konflik antara manusia dan gajah dilaporkan dalam kawasan pemantauan.
Sejak semalam, 12 Ogos juga disambut sebagai Hari Gajah Antarabangsa, bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan haiwan besar ini.
— BERNAMA-CMG