DuniaPalestin

Detik cemas dua wartawan dibedil roket zionis Israel

Israel cuba sekat tugas kewartawanan

GAZA : Seorang wartawan Anadolu, Mohammed Alaloul bersama dengan jurukameranya, Mustafa Hassona,  berkongsi detik cemas mereka apabila kereta yang dinaiki terkena  tembakan roket oleh rejim Israel.

Pada Khamis lepas (13 Mei), mereka berdua sedang membuat peninjauan di sebuah kawasan kejiranan di Gaza Utara ketika serangan udara Israel meletup berdekatan dengan mereka.

Walaupun dalam keadaan yang sangat berbahaya, mereka sanggup mengambil risiko dan bergegas ke tempat kejadian untuk membuat laporan mengenai jumlah nyawa yang terkorban.

Mustafa menggambarkan saat ketika peluru berpandu yang ditembak oleh tentera Israel terkena hampir dengan kenderaan yang mereka naiki.

“Kemudian kereta itu dipenuhi asap. Untuk seketika, dunia menjadi hitam. Saya tidak dapat melihat apa-apa kecuali asap. Saya hanya dapat mendengar rakan saya Alaloul di kerusi belakang menjerit ‘Saya cedera, saya cedera!’ Saya melihat ke belakang dan kelihatan darah keluar dari mulutnya, jadi saya tahu itu adalah kecederaan serius,” – Mustafa Hassona

Pada Sabtu (15 Mei), serangan udara Israel memusnahkan Menara Al-Jalas yang menempatkan media antarabangsa, termasuk Associated Press dan Al Jazeera.

Zionis Israel kini cuba untuk menyekat kebebasan media untuk melaporkan tentang siuasi yang terjadi di Gaza. Tindakan ini menunjukkan bahawa mereka takut dan cuba menghalang pihak media untuk membongkarkan kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin.

Jawatankuasa bagi Melindungi Wartawan (CPJ) menuntut penjelasan dari Israel dan mengatakan Pertahanan Israel (IDF) tiada hak untuk menggunakan kekerasan terhadap media yang hanya menjalankan tugas mereka.

Pada hari Selasa, Pejabat Akhbar Pemerintah Israel mengatakan tidak akan ada “jalan masuk untuk wartawan melalui sempadan Erez hingga notis pemberitahuan lebih lanjut ketika Israel memulakan serangan udara di Gaza.

Sempadan Erez adalah satu-satunya pintu masuk wartawan ke Semenanjung Gaza dari Israel. Penangguhan Israel terhadap akses media melalui Erez secara tidak langsung menghalang akses agensi berita antarabangsa ke operasi ketenteraan besar di Gaza untuk pertama kalinya sejak perang 2008-2009.

Alaloul dan Mustafa dikejarkan ke hospital berdekatan. Mustafa mengalami kecederaan ringan tetapi terpaksa bermalam di hospital untuk pengawasan manakala keadaan Alaloul sangat kritikal, dan beliau menjalani dua pembedahan.

Mustafa Hassona pernah membuat liputan mengenai semua perang besar di Gaza (2008-2009, 2012, 2014) serta isu pemberontakan tahun 2018 yang meragut nyawa dua wartawan, termasuk rakan karibnya, Yaser Murtaja. Kediaman dan tempat kerjanya telah dihancurkan akibat serangan udara Israel, termasuk pengeboman sebuah bangunan yang menempatkan Agensi Anadolu pada tahun 2019.

“Israel sangat kejam dalam peperangan, mereka menyerang orang awam dengan cara yang paling zalim dan ganas, dan secara jujur, semua orang tahu bahawa Israel tidak peduli dengan undang-undang atau mahkamah antarabangs. Israel melakukan apa sahaja yang mereka mahukan. Saya percaya apa yang kita perlukan sekrang adalah perlindungan dari pihak antarabangsa,” – Mustafa Hassona

Kewartawanan sudah menjadi satu kewajipan, Wartawan adalah seperti ambulans dan pertahanan awam. Peranan ambulans adalah untuk menyelamatkan orang yang tercedera dan tugas mereka adalah untuk menyampaikan kepada masyarakat tentang kecederaan yang mereka alami.

Kini, Alaloul telah dikeluarkan dari hospital tetapi keadaan beliau sekarang tidak dapat merasakan pergerakan kakinya dan akan mengambil masa berbulan-bulan untuk pulih. Manakala Hassona kembali bertugas melaporkan dirinya dari Gaza.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan kehttps://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button