Apabila penduduk kampung di Pergunungan Tinggi Atlas dilanda gempa bumi kuat pada hari Jumaat, mereka mendapati diri mereka berada dalam situasi yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.
Mereka berhempas pulas menggali runtuhan untuk menyelamatkan orang yang tersayang atau mencari mayat mereka supaya segera dikebumikan,ketika kru penyelamat masih terhambat perjalanan mereka akibat jalan yang rosak teruk.
Jentera berat telah dihantar untuk membersihkan jalan raya, dan pasukan penyelamat bekerja untuk membuka pintu masuk ke gunung. Tetapi ia mengambil masa – masa yang tidak ada untuk penduduk kampung.
Penduduk kampung, yang terbiasa dengan kawasan pergunungan, menemui kaedah yang mudah bagi berpindah dan mengangkut barangan mereka – keldai.
Banyak gambar telah beredar yang menunjukkan penduduk kampung menggunakan keldai untuk mengalihkan runtuhan dari jalan, menghantar bekalan bantuan ke tempat yang lebih sukar untuk dicapai, dan untuk memindahkan orang ke tempat yang selamat.
Makhluk yang berkaki lincah dapat melalui jalan yang hampir tidak kelihatan, pada masa yang sama belakangnya sarat dengan beg pelana yang membonjol, dan kadangkala masih mampu mengangkut orang.
Keluarga yang hilang kediaman akan membuat tempat perlindungan di mana sahaja mereka boleh, dan memasang pancang untuk mengikat keldai mereka. Mereka juga memastikan keldai-keldai mereka mendapat makanan minuman yang mencukupi. Dalam keadaan begini, keldai bukan lagi sekadar haiwan untuk mengangkut barangan, tetapi juga adalah wira mereka.
Sumber : Al Jazeera
Misi Bantuan Gempa Marakesh MAPIM
MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Marakesh dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas di Morocco.
Setakat laporan, angka kematian dan kecederaan masih meningkat serta merisaukan! Justeru Infaq serta bantuan sahabat peduli Ummah sangat dirayu serta diharapkan.
MASA UNTUK INFAQ & BANTU
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM.
Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066)
Atau klik link berikut —>>> https://www.mapim.org/rayuanmarakesh