TAFEGHAGHTE, Maghribi (AP) — Saudara-maranya yang terkorban telah dikebumikan, tetapi sisa kehidupan Musa Bouissirfane masih terperangkap di bawah batu lumpur dan debu di dalam runtuhan di perkampungan Tafeghaghte.
“Amat mencabar apabila kehilangan seluruh keluarga dan semua harta anda,” kata Bouissirfane dengan air matanya bergenang yang kampungnya berada kurang dua jam pemanduan dari Marrakesh. “Kami telah kehilangan segala-galanya – rumah, ternakan dan semua harta benda kami.”
Baru minggu lepas, dia teruja dengan anak perempuannya yang masuk darjah dua. Sekarang dia sedang meratapi kematiannya. Tanpa ambulans dan pihak berkuasa, penduduk kampung tidak dapat mengambil mayatnya yang terbiar lebih 14 jam, sehingga petang Sabtu. Gempa bumi itu turut mengorbankan ibu dan bapa Bouissirfane serta seorang anak saudara. Isterinya dimasukkan ke hospital di unit rawatan rapi.
Di perkampungan terpencil seperti Tafeghaghte, lebih separuh daripada 160 penduduk dipercayai terkorban, termasuk empat dalam keluarga Bouissirfane.
Bouissirfane bergabung dengan mangsa lain yang terselamat bagi membersihkan runtuhan dan mengeluarkan mayat. Mereka bekerja keras dalam keadaan berdebar-debar apabila jentolak menggali runtuhan dengan harapan dapat menemui mayat mangsa.
Udara di kampung itu dipenuhi dengan bau bangkai lembu. Orang ramai memberi amaran kepada satu sama lain supaya tidak berjalan berhampiran dengan bangunan yang masih berdiri kerana ia boleh tumbang pada bila-bila masa.
“Tuhan selamatkan kami,” kata Khadija Babamou, seorang penduduk Amizmiz yang datang ke Tafeghaghte untuk melihat saudara-maranya. Sambil matanya memerhatikan sisa-sisa runtuhan, dia menutup mulutnya dan mula menangis sambil memeluk adiknya.
SUMBER – Sam Metz dan Mosa’ab Elshamy / Wartawan Associated Press Mark Carlson di Tafeghaghte.
Misi Bantuan Gempa Marakesh MAPIM
MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Marakesh dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas di Morocco.
Setakat laporan, angka kematian dan kecederaan masih meningkat serta merisaukan! Justeru Infaq serta bantuan sahabat peduli Ummah sangat dirayu serta diharapkan.
MASA UNTUK INFAQ & BANTU
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM.
Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066)
Atau klik link berikut —>>> https://www.mapim.org/rayuanmarakesh