Marrakesh – Beberapa ratus penduduk Ijjoukak terpaksa menunggu tiga hari bagi diselamatkan selepas gempa bumi melanda Pergunungan Tinggi Atlas pada kira-kira jam 11 malam Jumaat.
Ketika itu, Henya Bilau sudah pun menghembus nafasnya yang terakhir. Sembilan ahli keluarganya yang lain turut terkorban pada malam yang sama.
Terletak kira-kira dua setengah jam pemanduan dari Marrakesh, perkampungan di lereng bukit Ijjoukak yang daif itu langsung tidak ada peluang apabila digegarkan dengan gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Antara 80 hingga 100 penduduk – kira-kira separuh daripadanya dipercayai telah terkorban. Yang lain meninggal ketika menunggu bantuan tiba.
Dalam pada itu, penduduk kampung tidak mempunyai pilihan selain menggali runtuhan dan mengeluarkan mayat rakan, saudara mara dan jiran tetangga.
Anak-anak Henya – Youssef berusia lima tahun dan Jihan berusia dua tahun, yang lena dalam pangkuan ibu saudaranya – masih belum mengerti. Youssef gembira bermain dengan jiran. Dia tidak tahu apa yang telah berlaku.
“Tembok runtuh menimpa Henya,” jelas, Saida Ben Nasser.
Kini mereka, bersama ratusan orang lain, menunggu di luar Hospital Universiti di Marrakesh sebelum ibu dan mak cik Henya dibenarkan keluar. Diharap mereka dapat membantu menjaga anak-anak Henya yang masih kecil itu.
Selepas dapat menerima itu sebagai takdir, suami Henya, Omar, kembali menenangkan dirinya. Dia berdiri dari jauh, memerhatikan temuramah ini. Omar bekerja di tapak pembinaan di Casablanca, ketika gempa melanda.
Dengan suara yang perih, dia menjelaskan bahawa dia tidak tahu apa yang akan dia lakukan. Rumahnya musnah. Mereka tiada tempat untuk pergi. Hospital dan kawasan lainnya pula sesak.
Di seluruh Maghribi, orang ramai melakukan segala yang mereka mampu untuk membantu. Selain kereta penuh muatan bantuan yang menuju ke pergunungan, ramai juga yang memilih untuk berbaris selam berjam-jam untuk menderma darah.
Dr Samia el-Fezzani, setakat ini bekalan darah mereka sudah mencukupi dan ramai yang tidak sempat untuk menderma darah.
“Derma darah meningkat tiga kali ganda selepas gempa bumi,” katanya. “Kami hanya boleh menyimpannya [darah] selama 42 jam, jadi kami perlu mengecilkan bekalan.”
Bantuan semakin banyak tiba di perkampungan pergunungan terpencil, tetapi di beberapa kawasan yang teruk terjejas masih di luar jangkauan penyelamat.
SUMBER : AL JAZEERA
Misi Bantuan Gempa Marakesh MAPIM
MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Marakesh dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas di Morocco.
Setakat laporan, angka kematian dan kecederaan masih meningkat serta merisaukan! Justeru Infaq serta bantuan sahabat peduli Ummah sangat dirayu serta diharapkan.
MASA UNTUK INFAQ & BANTU
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM.
Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066)
Atau klik link berikut —>>> https://www.mapim.org/rayuanmarakesh