
SHAH ALAM: Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi menggesa lulus tayang sebuah filem berjudul ‘Pulau’ disemak semula.
Menurut Cikgu Azmi melalui kenyataan medianya, dari sedutan filem tersebut di youtube, jelas menampakkan banyak adegan tidak senonoh yang akan disajikan kepada penonton dan sama sekali tidak sesuai ditonton segenap lapisan masyarakat.

“Kami mempersoalkan kenapa filem ini diluluskan untuk ditayang bermula 1 Mac. Bagaimana pihak penapisan filem tersebut telah meluluskan filem ini?,” soal Cikgu Azmi
Tambah Cikgu Azmi lagi, pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) perlu menyemak semula kelulusan yang diberi.
“Kami membantah sebarang bahan media yang menonjolkan unsur kelucahan melampau yang bercanggah dengan Rukun Negara berkenaan kesopanan dan ketatasusilaan,” tegas Cikgu Azmi.
Malah menurut netizen, tayangan filem itu nanti dibimbangi akan mencalarkan kredibiliti barisan pelakonnya yang sebelum ini dikenali sebagai bermoral dan mempunyai akhlak baik yang tinggi.
BACA JUGA
Syria umpama kem ‘penjara udara terbuka’ kanak-kanak