EkonomiSemasa

Harga Lada Naik Sehingga 51 Peratus Dalam Tujuh Bulan Pertama 2025

Industri lada tempatan mencatatkan kenaikan harga berterusan dalam tujuh bulan pertama tahun ini, dengan lada hitam melonjak 51 peratus kepada purata RM27,240 setiap tan berbanding RM18,066 tahun lalu.

Bagi lada putih, harga purata meningkat 43 peratus kepada RM37,407 setiap tan berbanding RM26,164 pada 2024, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin.

“Senario harga yang memberangsangkan ini dijangka kekal stabil sehingga suku ketiga tahun ini, didorong pengukuhan nilai ringgit,” katanya ketika merasmikan program promosi dan galakan tanaman lada di sini, hari ini.

Ketika ini, Malaysia mempunyai 39,449 pekebun lada yang mengusahakan 8,293 hektar tanah, termasuk 248 pekebun di Sabah dengan keluasan 41 hektar.

Chan menggalakkan lebih ramai penduduk Sabah menceburi penanaman lada, memanfaatkan kelebihan muka bumi berbukit yang sesuai untuk tanaman tersebut.

Beliau berkata, kementerian bersama Lembaga Lada Malaysia akan terus membimbing pengusaha melalui program bantuan dan latihan lapangan seperti yang dijalankan hari ini.

Sumber – Bernama

Related Articles

Back to top button