BEIJING : Deretan kendaraan berlumpur yang sejauh mata memandang, yang rosak akibat banjir besar bulan lalu di China, terbengkalai di tempat parkir daerah Zhengzhou.
Pemandangan itu seolah-olah menjadi sebuah monumen peringatan akan kekuatan bencana yang melanda wilayah Henan.
Wilayah ini sedang dibangun kembali selepas banjir paling besar dalam satu dekad mendatangkan malapetaka di seluruh wilayah pada pertengahan Julai lepas yang menewaskan lebih 300 orang dan merosakkan ribuan kenderaan dan bangunan.
“Kami terpaksa meninggalkan kendaraan kami dan pergi ketika air naik,” kata seorang warga Zhengzhou.
Setidak-tidaknya 238,000 kendaraan yang rosak telah dihantar ke ‘kuburan kereta’ seperti yang ada di pinggiran Zhengzhou, kata ketua regulator insurans Henan, Ma Chao, kepada CCTV, Selasa (10/8/2021).
Ketika bencana bulan lalu, hujannya mencapai rekod tertinggi dalam satu tahun di Zhengzhou, ibu kota Henan dan pusat banjir. Ia hanya turun dalam masa tiga hari, tetapi lebih 290 orang terkorban.
Puluhan orang tewas ketika terperangkap di kawasan letak kereta bawah tanah dan terowong yang dilanda banjir.
Banjir juga mencatatkan rekod tuntutan insurans tertinggi bernilai 1.7 billion USD, setelah ribuan kereta dan bangunan rosak, menurut syarikat insurans Goldman Sachs dalam laporan Julai.
Pihak berkuasa tempatan mengatakan kerugian akibat banjir telah meningkat sehingga lebih 20,65 bilion dollar AS, dan menjanjikan pampasan segera.
Tetapi para kritikus mengatakan prosesnya sangat lambat.
Seorang penduduk, yang kehilangan keretanya, menambah, “Sekarang, bagi mendapatkan pampasan membuat sakit kepala dengan puluhan borang yang harus diisi.”
Sebuah kajian PBB yang dikeluarkan pada Isnin Senin (9/8/2021) memperingatkan yang China utara terdedah kepada cuaca ekstrem yang lebih aneh, termasuk banjir besar dan kemarau yang mengancam, kerana perubahan iklim.