Semasa

Israel bina ‘pagar besi’ di sempadan Gaza

Sebuah ‘Tembok Besi’ yang dilengkapi dengan pengesan bawah tanah, radar, sistem pengawasan maritim dan kamera siap dibina di sempadan Gaza oleh rejim Israel dengan alasan ‘penghadang keselamatan’.

Menteri Pertahanan, Benny Gantz berkata, struktur penghadang itu diperbuat daripada dinding besi dengan tujuan memisahkan pejuang Hamas di Gaza dengan Israel.

Sumber : Bloomberg

Bagaimanapun, rejim Zionis memberi amaran bahawa pejuang Hamas berkemungkinan mampu untuk menyelinap masuk ke kawasan Israel melalui terowong yang digali di Gaza.

Menurut Kementerian Pertahanan Israel, pagar yang mengambil masa selama tiga tahun untuk dibina itu berukuran sepanjang 65 kilometer dan dengan ketinggian enam meter.

Merujuk laporan Bloomberg, Israel dengan lantang menegaskan penghadang itu dibuat untuk mengawal ancaman daripada Hamas, namun, para pengkritik menganggap ia merupakan penindasan ke atas hak kemanusiaan kepada penduduk di wilayah Palestin.

 

Related Articles

Back to top button