PalestinSemasa

Israel bunuh 11,000 kanak-kanak, 7,500 wanita di Gaza dalam 108 hari 

Tentera Israel telah membunuh 11,000 kanak-kanak dan 7,500 wanita di Gaza, kata pihak berkuasa Palestin, sambil menambah Tel Aviv menggugurkan lebih 65,000 tan bahan letupan dalam perangnyaterhadap rakyat Palestin yang disekat.

Kira-kira 7,000 orang – 70 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak – masih di bawah runtuhan atau hilang akibat serangan Israel, kata pihak berkuasa di Gaza pada hari Isnin.

Israel telah membunuh 25,900 rakyat Palestin setakat ini dalam perang kejamnya ke atas Gaza dan mencederakan 63,000 yang lain. 

Israel juga memusnahkan 70,000 rumah dan menjadikan 290,000 rumah tidak dapat didiami.

Mengenai serangan Israel ke atas sektor penjagaan kesihatan, pihak berkuasa Gaza berkata Israel telah membunuh 337 pekerja kesihatan dan 45 pegawai pertahanan awam setakat ini.

Sejak 7 Oktober, seramai 119 wartawan terbunuh dalam serangan Israel, kata mereka.

Penjagaan kesihatan dalam krisis, nyawa terancam

Pasukan penjajah Israel memenjarakan 99 pekerja penjagaan kesihatan dan sepuluh wartawan.

Ada 400,000 kes penyakit berjangkit dan lebih 8,000 kes Hepatitis A telah dikesan akibat penjajahan Israel dan pemindahan besar-besaran penduduk.

Kira-kira 60,000 wanita hamil di Gaza menghadapi risiko tinggi berikutan kemusnahan  kemudahan penjagaan kesihatan, manakala 350,000 individu yang menghidap penyakit kronik berdepan risiko kritikal kerana kekurangan ubat.

Tentera Israel telah memusnahkan 140 kemudahan kerajaan serta 99 sekolah dan universiti, serta merosakkan 295 sekolah dan universiti, tambah pihak berkuasa Palestin di Gaza.

Di luar Gaza, terdapat 11,000 orang yang cedera memerlukan rawatan, dan 10,000 pesakit kanser berdepan risiko kematian akibat penjagaan kesihatan yang tidak mencukupi.

Kenyataan itu berkata tentera Israel merosakkan 253 masjid dan menyebabkan kemusnahan tiga gereja.

Israel juga mensasarkan 150 institusi penjagaan kesihatan di Gaza, menyebabkan 53 pusat kesihatan dan 30 hospital tidak beroperasi, dan menjadikan 122 ambulans tidak dapat digunakan.

Israel turut mensasarkan warisan budaya Palestin, memusnahkan 200 aset sejarah dan budaya di Gaza, kata pihak berkuasa.

SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI

 

Related Articles

Back to top button