DuniaSemasaSyria

Israel mengebom Syria sejak lima tahun lepas

SYRIA : Sejak lima tahun lalu, Tentera Udara Israel (IAF) telah melakukan ribuan serangan udara ke atas Syria.

Menurut Jerusalam Post, IAF telah mencapai 1,200 sasaran dengan menggugurkan lebih 5,500 bom sepanjang menjalankan 408 misi.

Walau bagaimanapun, akhbar tersebut tidak mendedahkan sumber maklumatnya.

Selain itu, pada tahun 2021 sahaja, berpuluh-puluh operasi udara telah dijalankan dengan 586 serangan senjata api terhadap 174 sasaran.

Sebagai tambahan, sebanyak 239 peluru berpandu antipesawat ditembak ke arah jet Israel semasa operasi, dan kebanyakannya terlepas sasaran mereka.

“Serangan tersebut bertujuan menghalang Iran daripada menguasai sempadan utara Israel dan menyeludup senjata canggih ke Hizbullah Lubnan,” dakwa akhbar tersebut.

Tambah akhbar itu lagi, Israel telah mewujudkan mekanisme penyelarasan dengan Rusia bagi melindungi pesawat Israel daripada diserang ketika melakukan misi mereka.

Israel tidak menafikan melakukan serangan udara ke atas Syria tetapi dalam pada masa yang sama Israel menafikan bertanggungjawab untuk sebahagian besar daripada serangan lain.

-AGENSI

Diterjemah oleh : Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof UiTM SA

 

________________________________________________________________________________________________________

Bagi anda yang ingin merebut peluang menyalurkan sumbangan bagi pembangunan Bandar Wakaf Malaysia ini, boleh layari ke www.rayuansyria.com atau akaun Maybank Dana Mapim Syria Emergency Appeal bernombor 5628 3463 6987.

 

Related Articles

Back to top button