JAKIM hanya benarkan import daging dari loji pemprosesan yang diluluskan
Juga dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf
KUALA LUMPUR : Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya membenarkan pengimportan daging dan produk daging daripada rumah sembelihan atau loji pemprosesan yang diluluskan sahaja.
Mengulas isu sindiket seludup daging yang terbongkar, Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata daging dan produk daging yang diimport juga perlu pengesahan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.
Tambahnya, JAKIM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi yang melaksanakan operasi bersepadu perihal dagangan halal yang dipercayai digunakan sindiket penyeludupan masuk daging sejuk beku.
Antaranya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya dan Johor, MAQIS, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Sebuah akhbar kemarin melaporkan taktik kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging itu dengan logo halal, dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.