EkonomiSemasa

Jangan bimbang, wabak penyakit kulit kental tidak jangkiti manusia!

Dikesan di Perak, Selangor - MAQIS, Jabatan Veterinar gempur kawal LSD

MELAKA :  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) memperketat kawalan di pintu masuk sempadan bagi mengelakkan kemasukan lembu dari luar negara dalam usaha mencegah penularan penyakit kulit kental atau Lumpy Skin Disease (LSD) yang menjangkiti haiwan ternakan.

Ternakan yang dijangkiti penyakit LSD. – sumber internet

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pula kerap melaksanakan pengawasan dan pemantauan rapi selain melaporkan segera kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan jika terdapat jangkitan di mana-mana negeri.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, langkah awal itu bagi membendung penyakit berkenaan yang kini dikesan di dua negeri iaitu Perak dan Selangor.

“Penyakit itu kini telah merebak di seluruh Asia terutama India, Bangladesh, China, Nepal serta beberapa negara lain. Lembu yang dibawa masuk dari luar negara mesti disaring dan dikuarantin terlebih dahulu bagi memastikan ternakan itu bebas daripada sebarang penyakit. Ladang ternakan yang dikesan terdapat penyakit LSD diminta mengasingkan haiwan ternakan mereka,” – Timb. Menteri Pertanian dan Industri Makanan /  Datuk Seri Ahmad Hamzah

Bercakap di Melaka, beliau mengulas lanjut kementeriannya turut menyarankan semua penternak lembu di negara ini mengguna pakai kaedah pengasapan di ladang ternakan bagi mengelak jangkitan LSD daripada terus merebak.

Terdahulu, wabak penyakit kulit kental  di Perak terkawal, kata Pengarah Jabatan Veterinar negeri, Dr Ahmad Shafri Hassan.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengambil tindakan susulan bagi membendung penularan penyakit itu kepada ternakan lain.

“Penternak yang menemui tanda-tanda penyakit ini pada ternakan mereka diminta segera melaporkannya kepada JPV Perak. Ternakan berpenyakit perlu diasingkan dan diberi rawatan sokongan atas nasihat jabatan,

Dr. Shafri berkata, ternakan berpenyakit juga dilarang dipindahkan dari lokasi wabak atau disembelih tanpa merujuk JPV terlebih dahulu.  Katanya, kegagalan mematuhi arahan itu boleh didenda RM25,000 di bawah Seksyen 31(4)(a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).

Sementara itu, Dr Shafri berkata lembu dan kerbau yang berpenyakit boleh menjangkiti ternakan lain melalui vektor yang menghisap darah haiwan seperti kutu, nyamuk dan lalat.

Ternakan berpenyakit juga dilarang dipindahkan dari lokasi wabak atau disembelih tanpa merujuk JPV terlebih dahulu. lembu dan kerbau yang berpenyakit boleh menjangkiti ternakan lain melalui vektor yang menghisap darah haiwan seperti kutu, nyamuk dan lalat. Kegagalan mematuhi arahan itu boleh didenda RM25,000 di bawah Seksyen 31(4)(a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013) – Pengarah Jabatan Veterinar negeri, Dr Ahmad Shafri Hassan

JPV dalam satu kenyataan medianya pada Khamis (3 Jun) berkata penyakit ini boleh membawa kerugian kepada penternak kerana ternakan yang berpenyakit akan menjadi kurus, pengeluaran susu merosot dan boleh menyebabkan kematian. Kajian mendapati ada kes terpencil melibatkan penternak yang tidak menjaga kebersihan diri selepas mengendalikan ternakan mereka yang berpenyakit, tetapi kes seumpama ini sangat jarang berlaku”.

Penularan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) telah dilaporkan berlaku di Thailand (April 2021) Myammar (November 2020) dan Vietnam (Oktober 2020).

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button