KerohanianPendidikanSemasa

Kalau imam baca khutbah, perlu ke solat tahiyatul masjid?

Setiap orang Islam yang memasuki masjid disunatkan melakukan solat sunat tahiyatul masjid sebagai mengagungkan rumah Allah SWT.

Namun, timbul persoalan ketika imam sedang membaca khutbah, adakah diharuskan bagi menunaikan solat tahiyatul masjid sebelum duduk mendengar khutbah ataupun tidak?

Menurut penjelasan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, seseorang itu masih dituntut menunaikan solat sunat tersebut ketika imam sedang menyampaikan khutbah, dan hendaklah meringkaskannya.

“Walau bagaimanapun, sekiranya dia datang ketika imam hendak selesai menyampaikan khutbah, maka dia tidak perlu untuk melakukan solat sunat tahiyat al-masjid.

“Bahkan sunat bagi dia berdiri menunggu solat Jumaat didirikan supaya tidak duduk dalam masjid sebelum dia melakukan solat sunat tahiyat al-masjid,” menurutnya.

Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah:

إِذَا ‌جَاءَ ‌أَحَدُكُمْ ‌يَوْمَ ‌الْجُمُعَةِ، ‌وَالْإِمَامُ ‌يَخْطُبُ، ‌فَلْيَرْكَعْ ‌رَكْعَتَيْنِ، ‌وَلْيَتَجَوَّزْ ‌فِيهِمَا

Bermaksud: Sekiranya seseorang datang ke (masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah maka solatlah dua rakaat dan hendaklah meringkaskan kedua-dua rakaat.

Riwayat Muslim (59)

Related Articles

Back to top button