DomestikEkonomiSemasa

Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih

PUTRAJAYA: Inflasi makanan terus meningkat sejak bulan lalu ke paras 5.2 peratus tertinggi sejak November 2011, dengan 93 peratus item makanan merekodkan kenaikan.

Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata kumpulan makanan meningkat 93 peratus meningkat dalam makanan, 29.4 peratus meningkat dalam julat kurang daripada 5 peratus, 37.7 peratus meningkat antara 5 hingga 10 peratus manakala 32.9 peratus meningkat ledih daripada 10 peratus.

Menurutnya lagi, pada Mei 2022, makanan di rumah dan luar rumah masing-masing turut meningkat sebanyak 5.5 peratus berbanding 4.1 peratus pada bulan April lalu, dan 5.1 peratus berbanding 4.4 peratus pada April.

Ketika musim perayaan subkumpulan daging mendapat permintaan tinggi sehingga mencatatkan peningkatan tertinggi 9.5 peratus pada Mei 2022, diikuti kenaikan sayur (8.1 peratus), susu, keju dan telur(8.0 peratus), ikan dan makanan laut (4.3 peratus) serta minyak dan lemak (3.7 peratus).

“Kos makanan yang meningkat ditambah dengan peningkatan permintaan antara punca kenaikan harga ayam pada kali ini.

“Ayam merupakan komponen terbesar dalam subkumpulan daging yang meningkat sebanyak 13.4 peratus. Purata harga ayam pada Mei 2022 adalah RM9.70 sekilogram berbanding RM8.44 pada Mei 2021.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lada Benggala, Bendi, Tomato, Kacang Buncis, dan Bayam antara jenis sayuran yang berada di pasaran ketika ini mengalami lonjakan harga pada Mei 2022, disebabkan peningkatan harga baja, kos logistik, kekurangan tenaga buruh dan keadaan cuaca.

Sementara itu, ikan yang paling murah dan menjadi permintaan pengguna turut meningkat, seperti ikan pelaling yang naik kepada RM14.04, ikan keli RM10.05, dan ikan kembung RM16.65.

Bagi kumpulan pengangkutan, peningkatan harga Petrol Tanpa Plumbum RON97 sebanyak 63.8 peratus iaitu RM4.26 seliter pada bulan ini, peningkatan ini berlaku disebabkan kesan peningkatan harga minyak mentah Brent kepada $AS112.37 (RM494.93) setong. Harga subsidi yang dilaksanakan bagi Petrol Tanpa Plumbum RON95 dan Diesel telah mengimbangi kenaikan inflasi dan harga RON95 kekal pada RM2.05 seliter sejak Mac 2021.

Mohd Uzir berkata, inflasi di peringkat negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 3.7 peratus.  Sementara itu, Kedah dan Perlis 2.2 peratus, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2.2 peratus dan Melaka 2.1 peratus yang mempunyai peningkatan inflasi paling rendah.

Kumpulan perumahan, air, elektrik, gas & bahan api mencatatkan peningkatan 1.2 peratus manakala pendidikan meningkat satu peratus.

Komunikasi turut merekodkan peningkatan dan mendorong kepada kenaikan inflasi keseluruhan 2.8 peratus.

Inflasi Restoren & Hotel juga meningkat 3.9 peratus, diikuti Hiasa, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (2.7 peratus), Pengangkutan (2.3 peratus), Perkhidmmatan Rekreasi & Kebudayaan (2.0 peratus) dan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (1.8 peratus).

Tambahnya lagi, infalis bagi negara lain, mencatatkan 8.1 peratus pada Mei 2022 meningkat daripada 7.4 peratus pada April 2022. Negara di rantau Asia Pasifik, kadar inflasi di Malaysia (2.8%) adalah lebih tinggi berbanding China (2.1 peratus) dan lebih rendah daripada Thailand (7.1 peratus), Filipina (5.4 peratus), Republik Korea (5.4 peratus) dan Indonesia (3.6 peratus).

Related Articles

Back to top button