PolitikSemasa

Dewan Rakyat sepakat Luluskan RUU Lompat Parti

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memulakan pembentangan mengenai Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti hari rabu lalu.

Sumber: Sinar Harian

RUU tersebut dibentangkan sebagai langkah terbaik mengelakkan negara berdepan dengan krisis politik lagi pada masa akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) menyatakan bahawa, “Tidak sekali-kali (rang undang-undang ini dibuat) bagi menghalang orang mengamalkan demokrasi dalam Parlimen itu sendiri, tetapi tujuannya adalah untuk mencerminkan kepada rakyat bahawa Ahli parlimen itu tidak boleh berbuat sesuka hati mereka sahaja, mereka hendaklah mempunyai prinsip.

Pada hari ini, Jumaat 29 Julai RUU (Pindaan) (No 3) berkaitan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti akhirnya diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Sumber gambar: Berita Harian

Perkara ini diumumkan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas belah bahagi dijalankan.

Seramai 209 orang ahli parlimen menyokong RUU tersebut yang antara lainnya boleh menyebabkan seseorang ahli Parlimen hilang kerusi dimenanginya jika wakil rakyat tersebut bertukar parti.

Dalam pengundian dan perbahasan seramai 11 orang ahli Parlimen tidak hadir manakala seramai 54 orang ahli parlimen telah terbabit dalam perbahasan selama dua hari itu. – HM

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button