DomestikKesihatanSemasa

Penduduk PPR Bukit Jalil ceria, Mobile Clinic MAIWP turun berkhidmat

KUALA LUMPUR : Kedatangan bas Mobile Clinic milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hasil kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berjaya mewujudkan suasana ceria serta sambutan yang meriah daripada penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil, Nazaria Othman, 49, berkata persatuan penduduk di situ amat mengalu-alukan program seumpama ini diadakan berterusan kerana ia sangat memudahkan para penduduk bagi mendapat rawatan.

 

“Daripada apa yang kita boleh lihat hari ini, ramai warga emas bersemangat turun ke perkarangan tempat letak kereta yang dikhaskan untuk bas Mobile Clinic bagi membuat pemeriksaan kesihatan dan kesan yang sangat memberangsangkan serta bermanfaat buat warga penduduk PPR di sini.” katanya.

Tambah Nazaria, beliau amat berterima kasih atas kerjasama semua pihak termasuk warga penduduk yang hadir mengikut waktu ditetapkan bagi memudahkan kelangsungan program tersebut.

 

Dalam pada itu, AJK Biro Kebajikan penduduk PPR tersebut, Azmiyah Mohammad Long, 55, berkata sememangnya wajar program ini digerakkan dari semasa ke semasa supaya pesakit-pesakit yang datang dapat mengetahui kadar kesihatan mereka sama ada perlu mendapat rawatan selanjutnya atau mengambil ubat yang diberi oleh doktor di situ.

Rata-rata penduduk di sini, ramai antara mereka datang berdaftar pada waktu pagi sehingga tengah hari dan pada sebelah petang, hanya tinggal beberapa orang pesakit yang masih belum dirawat.

 

 

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

Related Articles

Back to top button