DuniaSemasa

Wisma Putra pantau rapat perkembangan di Sri Lanka

PUTRAJAYA : Kementerian Luar memaklumkan bahawa pihak mereka sentiasa memantau rapat perkembangan di Sri Lanka berikutan pergolakan yang berlaku akibat krisis kewangan di negara tersebut.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo juga telah menghubungi kesemua rakyat Malaysia yang berdaftar di Sri Lanka.

“Langkah berterusan ini demi memudahkan bantuan konsular dapat diberikan dengan segera sekiranya diperlukan selain keselamatan mereka terjamin,” menurut kenyataan tersebut.

Menurutnya lagi, bagi memudahkan urusan pertolongan konsular sekiranya berlaku sebarang kecemasan, rakyat Malaysia yang masih belum berdaftar diseru segera berbuat demikian.

“Warga Malaysia juga dinasihatkan supaya memberi perhatian sepenuhnya kepada keselamatan mereka dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, susulan situasi yang masih berlum stabil, rakyat Malaysia yang ingin melawat Sri Lanka dinasihatkan agar menangguhkan terlebih dahulu perjalanan tidak penting buat seketika.

Mereka yang memerlukan bantuan boleh datang ke Suruhanjaya Tinggi yang terletak di No.45, Rosmead Place, 07 Colombo pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Canseri diplomatik rasmi negara tersebut turut boleh dihubungi menerusi talian telefon +9477 4830103 atau faksimile +9411 7557714 atau melalui e-mel mwcolombo@kln.gov.my.

Untuk rekod, setakat ini dianggarkan terdapat sejumlah 85 warga Malaysia yang telah berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Tinggi dengan sebahagian besar menetap di wilayah ibu kota Colombo.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button