DomestikSemasa

Lebih 900 mangsa banjir di Perak, Kedah masih berlindung di PPS pagi ini

Seramai 909 mangsa banjir daripada 254 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Kedah pagi ini berbanding 913 orang malam tadi.

Di Perak, jumlah mangsa kekal seramai 139 orang daripada 38 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di daerah Manjung. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai menempatkan 130 orang daripada 36 keluarga manakala PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Batu menempatkan sembilan orang daripada dua keluarga.

Sementara itu di Kedah, sebanyak 770 orang daripada 216 keluarga masih berlindung di lima PPS pagi ini berbanding 774 orang daripada jumlah keluarga yang sama semalam.

Menurut laporan JPBN Kedah, daerah Pendang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 580 orang daripada 162 keluarga di tiga PPS. Di Kota Setar, 138 orang daripada 38 keluarga masih berlindung di sebuah PPS, manakala di Pokok Sena terdapat 52 orang daripada 16 keluarga di satu PPS.

Sumber: Bernama

Related Articles

Back to top button