Covid19Semasa

MB Selangor cadang sektor di kawasan PKPD kekal tutup

Selangor merekodkan 4,152 kes positif semalam

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencadangkan supaya sektor ekonomi dan industri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kekal tutup.

Katanya, kerajaan negeri mencadangkan hanya sektor ekonomi yang perlu sahaja dibenarkan beroperasi mengikut pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kerajaan negeri turut mencadangkan agar vaksinasi pekerja dipercepatkan dan kadar vaksinasi ditentukan sebagai antara faktor pembukaan sektor ekonomi.

“Kerajaan negeri melihat matlamat pelaksanaan PKPD iaitu bagi memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan beban kepada sistem kesihatan negara masih belum dicapai,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya, semalam.

Beliau berkata cadangan itu cadangan itu dibangkitkan ketika (MKN) semalam.

Mengulas lanjut, katanya, jumlah kes tinggi di Selangor antaranya akibat saringan menyeluruh di kawasan PKPD yang menyumbang kepada kes kumulatif berjumlah 1,346 jes serta saringan kontak rapat dari kes positif di kawasan PKPD.

Kenyataan Amirudin dikeluarkan susulan pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang membenarkan beberapa lagi sektor ekonomi beroperasi di lokaliti PKPD, Rabu lalu.

Semalam, Selangor kekal menjadi penyumbang terbesasr kepada jumlah kes jangkitan positif di Malaysia apabila merekodkan sebanyak 4,152 kes, angka tertinggi yang pernah dicatatkan negeri itu.

Oleh : Nurshazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) / AJ

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button