Semasa

Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

PUTRAJAYA: Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan‘ dipilih menerusi kerjasama panel pemikir yang mendukung semangat kesukarelawan yang terdiri daripada 16 orang pakar pelbagai bidang.

Antara yang terbabit adalah ahli akademik, tokoh budaya, petugas media, pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ikon belia dan pempengaruh media sosial.

Tema ini mendasari tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu-padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera.

Ia turut didokong dengan konsep Malaysia MADANI sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat menghormati dan ihsan.

Ia bertepatan dengan kerangka visi baharu buat negara Malaysia MADANI, yang didukung Kerajaan Perpaduan dan dilihat berupaya menyemarakkan semangat perpaduan yang terjalin sekian lama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 ke-66 ini, rakyat diseru untuk mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik.

Bersama kita mengikuti tauladan dan jiwa patriotisme gaya Nabi Muhammad S.A.W yang mempunyai sifat patriotik yang sangat tinggi kepada tanah air tumpah darahnya berdasarkan satu riwayat hadis:

“Alangkah baiknya dirimu wahai Makkah dan betapa cintanya diriku terhadapmu, seandainya kaumku tidak mengeluarkanku darimu, nescaya aku tidak akan tinggal selain daripadamu..” (HR Tirmizi 3926)

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button