Kerohanian

Masjidil Haram sediakan khidmat penterjemah 21 bahasa

Ditempatkan di semua pintu masuk

MAKKAH:  Pentadbiran urusan dua masjid suci di Arab Saudi telah mendapatkan khidmat sekumpulan penterjemah yang boleh bercakap dalam 21 bahasa bagi melayan jemaah yang datang ke Masjidil Haram.

Mereka ditempatkan di pintu-pintu masuk dan merata Masjidil Haram serta bergerak dari semasa ke semasa, demikian dilaporkan Arab News pada Sabtu (12 Dis).

Setiap Khutbah Jumaat di Masjidil Haram juga diterjemahkan secara langsung ke dalam lima bahasa iaitu bahasa Inggeris, Urdu, Melayu, Parsi dan Perancis.

Bahasa Melayu telah pun dijadikan sebagai satu daripada bahasa asing bagi terjemahan secara langsung ketika khutbah Jumaat di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah sejak dua tahun lalu.

Khutbah Hari Arafah juga telah diterjemahkan sejak tiga tahun lalu, yang telah memanfaatkan lebih dua juta jemaah.

Menurut laporan Arab News, matlamatnya untuk meningkatkan jumlah orang yang mendapat manfaat dari penterjemahan melalui platform elektronik selain menjadi model global untuk terjemahan ke lebih daripada 10 bahasa di satu tempat, melalui perhubungan langsung dan platform elektronik. – AA

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button