DomestikSemasa

‘Membawang Dengan Zikrullah’ kukuhkan ukhwah ummah

SHAH ALAM: Program ‘Membawang Dengan Zikrullah’ yang diadakan pada Rabu mengukuhkan lagi ukhwah sesama ummah di Maahad Tahfiz An Nabawi Shah Alam.

Program ini diadakan atas kerjasama antara Yayasan An Nabawi bersama Kumpulan Meraih Berkah (KMB) Brunei.

Kumpulan Meraih Berkah (KMB) Brunei seramai lebih daripada 30 orang telah berada di Kuala Lumpur pada 11 hingga 16 Mac 2023 bagi mengadakan aktiviti-aktiviti ke arah usaha mengukuhkan lagi hubungan ukhwah Malaysia-Brunei.

Menurut Pengasas Yayasan An Nabawi, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani program ‘Membawang Dengan Zikrullah’ ini  merupakan satu program yang cukup cantik kerana zikir dapat menjadikan diri kuat, jiwa yang berzikir ini kuat serta jiwa orang yang mendengar zikir juga kuat.

Tujuan utama ‘Membawang Dengan Zikrullah’ ini adalah untuk mengajak ummah bagi menyumbangkan atau menginfakkan harta serta buah fikiran mereka bagi membina dana kebajikan, menurut Hajah Florinda Haji Mejenis, Ketua Kumpulan Meraih Berkah (KMB) Brunei.

“Saya berharap mudah-mudahan aktiviti yang dilaksanakan ini tidak berakhir di sini tetapi ia dapat terus dikembangkan,” tegas Hajah Florinda.

Tambahan lagi, sepanjang KMB berada di Malaysia, segala lawatan yang diadakan ini telah mendapat kerjasama daripada MAPIM Malaysia dimana MAPIM telah menyusun segala program bersama dengan persatuan-persatuan yang ada seperti SALIMAH yang diketuai oleh Datin Hajah Aminah Zakaria.

BACA JUGA
MAPIM terima kunjungan Kumpulan Meraih Berkah dari Brunei

“Kami bersyukur dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh Presiden MAPIM, Cikgu Haji Azmi ini menjadikan program daripada awal sehingga berakhir dengan amat cemerlang,” katanya.

Daripada lawatan yang diadakan ini, dapat menyuntik semangat Kumpulan Meraih Berkah (KMB) Brunei untuk meneruskan sumbangan ummah kepada ummah seperti mana yang dilaksanakan oleh MAPIM Malaysia.

 

 

Related Articles

Back to top button