DomestikSemasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM Tarik Kehadiran Ramai di Masjid Bilal Bin Rabah

KUALA LUMPUR: Kehadiran Mobile Clinic anjuran MAIWP bersama MAPIM di Masjid Bilal Bin Rabah telah dinantikan oleh kariah sejak awal pagi. Menurut Ustaz Mohd Noor Ihsan, Ketua Imam masjid, klinik bergerak ini dibuka mulai pukul 10 pagi dan mendapat sambutan baik dari masyarakat setempat.

Maznah binti Ismail teruja dengan perkhidmatan Mobile Clinic

Antara yang hadir, Maznah binti Ismail dari Sentul yang tidak menyembunyikan kegembiraannya atas inisiatif ini. “Saya sangat teruja kerana semua rawatan dan bekalan ubat-ubatan disediakan secara percuma,” ujar Maznah dengan penuh semangat.

Noor Hanim mendapatkan rawatan di dalam Mobile Clinic MAIWP-MAPIM

Noor Hanim binti Abd Rahman, seorang warga emas dan juga kariah masjid, turut menyatakan rasa syukur dapat melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Ini memudahkan kami, terutama yang berusia seperti saya, untuk menjaga kesihatan,” tambahnya.

Sementara itu, Nor Kalid bin Yaacob yang menghidapi asthma, merasa lega dengan nasihat doktor dan bekalan ubatan yang diperoleh.

“Sangat membantu kerana lokasi rawatan berdekatan dengan rumah,” kata Kalid.

Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Walaupun kaunter telah ditutup, namun masih ada kariah yang datang untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah, program ini berhasil membawa manfaat besar kepada komuniti di sekitar Masjid Bilal Bin Rabah, ini membuktikan kesungguhan MAIWP-MAPIM dalam membantu masyarakat.” Menurut Ustaz Mohd Noor Ihsan, Ketua Imam Masjid Bilal bin Rabah.

Related Articles

Back to top button