Pakistan telah menggesa pelaksanaan sepenuhnya keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa [ICJ] mengenai langkah-langkah sementara yang dikenakan ke atas israel untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin, lapor agensi berita WAFA yang dikendalikan kerajaan .
“Pelaksanaan langkah-langkah sementara ini memerlukan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapi oleh penduduk Gaza. Oleh itu, Majlis Keselamatan PBB harus memainkan peranan yang diamanatkan untuk mengenakan gencatan senjata dan melindungi penduduk Gaza daripada kekejaman yang berterusan,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Pakistan, Zahra Baloch, dalam taklimat akhbar.
“Pakistan amat prihatin terhadap penindasan berterusan terhadap penduduk Gaza oleh tentera pendudukan Israel,” katanya.
Pakistan juga menggesa pertimbangan semula penggantungan pembiayaan UNRWA, yang memainkan peranan penting dalam melindungi dan menyokong rakyat Palestin, kata jurucakap itu.
SUMBER : TRT World