Covid19Semasa

Semua kerja pembinaan dihentikan di kawasan PKPD

Selaras dengan penguatkuasaan PKPD Selangor, KL

KUALA LUMPUR: Semua kerja pembinaan dan yang berkaitan dengannya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu dihentikan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata surat kebenaran MITI yang telah diterima, tidak bolehg digunakan untuk meneruskan kerja pembinaan sepanjang tempoh PKD.

Bagaimanapun, katanya, pengeculian diberikan kepada kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian yang bersifat kritikal dibenarkan berdasarkan janji temu.

“Bagi menjalankan kerja-kerja yang diberikan pengecualian seperti penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian, pihak terlibat boleh mendapatkan kebenaran dari balai polis terdekat,” – Menteri Kanan Kerja Raya / Datuk Seri Fadillah Yusof

“Kementerian Kerja Raya (KKR) menggesa semua penggiat industri pembinaan untuk mematuhi arahan semasa prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan penurunan kes Covid-19 di kawasan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambah beliau, SOP terkini boleh dirujuk di laman web MKN.

“Maklumat lanjut berkenaan SOP dan garis panduan industri pembinaan boleh didapati menerusi Telegram rasmi CIDB Malaysia, laman web rasmi CIDB atau hubungi CIDB careline di talian 03-5567 3300.

Sebelum ini dilaporkan beberapa mukim di Selangor dan lokaliti di Kuala Lumpur dikenakan PKPD selama 14 hari bermula semalam sehingga 16 Julai depan.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar / AJ

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button