Pasar Segar kali pertama banjir selepas sembilan tahun
Rantau Panjang : Rumah yang turut dijadikan kedai sejak sembilan tahun lalu, dilanda banjir buat pertama kalinya.
Anis yang berusia 50 tahun memaklumkan bahawa kedainya yang dinamakan Pasar Segar, ditenggelami air sehingga pada paras pinggan pada hari kelmarin. Kedainya itu menjual sayuran dan ikan segar, selain menjual pokok-pokok hiasan.
Air mula berangsur surut tetapi kedainya masih ditenggelami air pada parang betis.
Belum dapat dipastikan kerugian yang dialami oleh Encik Anis, tetapi dia sangat masih mampu tersenyum dan sangat ramah apabila ditemui oleh wartawan UmmahToday.
Menurut beliau lagi, “Air banjir ini naik kerana benteng di Kampung Lancang pecah sehingga air melimpah.”
Namun dia yakin bahawa banjir itu tidak akan terjadi lagi pada masa hadapan apabila bentang di Kampung Lancang itu diperbaiki dan siap sepenuhnya nanti.
Apabila ditanya apa yang akan dia lakukan apabila air banjir semakin tinggi? Dia hanya mampu menjawab, “Saya tetap akan meniaga, kerana itu sahaja yang saya tahu.”
——