DuniaSemasa

Lelaki bersenjatakan penyembur beruang serang jemaah masjid di Kanada

MONTREAL : Sebuah masjid di Kanada telah diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan kapak dan semburan yang digunakan untuk menghalau beruang pada Sabtu.

Namun, tiada kecederaan parah dilaporkan dalam insiden itu.

Menurut pihak polis, kejadian berlaku di masjid di pekan Mississauga, pinggir bandar Toronto melibatkan lelaki berusia 24 tahun yang menghalakan penyembur terbabit ke arah pengunjung, sebelum ditumpaskan jemaah masjid.

Lelaki berkenaan telah ditahan oleh polis dan beberapa jemaah dilaporkan mengalami kecederaan ringan akibat terkena semburan tersebut.

Setakat ini, penyiasat berpendapat kejadian itu adalah tindakan terpencil dan menganggap motif utama kejadian tersebut adalah kebencian, kata polis dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Justin Trudeau melalui Twitter mengutuk serangan itu sebagai ‘sangat mengganggu’.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan ini – yang tidak mempunyai tempat di Kanada – dan saya bersama komuniti akan terus berada dalam fikiran saya hari ini,” tulis Trudeau.

Dalam pada itu, Imam masjid, Ibrahim Hindy, memuji keberanian jemaah yang menumpaskan penyerang.

“Komuniti kami tidak akan pernah menjadi lemah dan kami tidak mahu ditakut-takutkan,” tulisnya di Twitter.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button