DomestikSemasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim Dibenarkan Keluar Hospital Selepas Jalani Pembedahan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan keluar dari hospital dan telah pulang ke kediamannya berikutan prosedur pembedahan yang dijalaninya.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau memuat naik kepingan gambar yang memaparkan beliau sedang berehat sambil membaca buku dengan kapsyen “Alhamdulillah, back home”.

Terdahulu, isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, memaklumkan bahawa keadaan Perdana Menteri semakin baik dan dijangka dibenarkan pulang selepas selesai menerima rawatan susulan.

Anwar sebelum ini selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat masalah hernia perut (para-umbilical hernia) dan berada di bawah pemantauan rapi oleh pasukan pakar perubatan.

Sumber: BERNAMA

Related Articles

Back to top button