BanjirSemasa

Ribut petir, hujan dijangka berlaku 3 hari di seluruh negara

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan di beberapa tempat di Semenanjung, Sarawak dan Sabah selama 3 hari bermula hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan ribut petir dijangka berlaku petang ini di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung, Sarawak dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan).

Pada sebelah malam, ribut petir dijangka melanda satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Sabah (Pedalaman) dan Labuan.

Selain itu, ribut petir dijangka berlaku pagi esok di Sabah (Sandakan dan Kudat) selain hujan di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang, Pulau Pinang (kawasan pantai), Negeri Sembilan (kawasan pedalaman) dan beberapa kawasan di Sarawak.

Pada petang Selasa, ribut petir dijangka melanda seluruh Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Sementara itu, daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Bintulu di Sarawak dan Sabah (Pantai Barat dan Sandakan) pula dijangka hujan malam esok.

Pada Rabu, MetMalaysia menjangka berlaku ribut petir di satu dua tempat di Tawau, Sabah selain hujan di beberapa kawasan di Sandakan dan Kudat, Kelantan, Terengganu, Pahang, kawasan pantai Pulau Pinang dan kawasan pedalaman Johor.

Pada sebelah petang Rabu pula, ribut petir dijangka berlaku di seluruh Semenanjung selain hujan di Terengganu dan Kelantan manakala pada waktu malam ribut petir dijangka berlaku di kawasan pedalaman Pahang dan Sabah.

Hujan juga diramal pada waktu malam di seluruh Semenanjung kecuali Melaka, beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah (Tawau, Sandakan, Kudat) dan Labuan.


MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button